.:: imsyaza.fotopages ::.

By: SyaZa A Wahab

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Wedding Reception @ Megat Dewa, Kedah

 
Alhamdulillah, dapat juga akhirnya upload the latest pic Al-maklumlah, internet takda di rumah mertua. Ini pun ambil kesempatan buat di kolej adik di UTM, Skudai. Buat semua sahabat yang tertunggu-tunggu the latest pic from me, this is what I can do, Wedding Kolaj, hehehe... Nak juga upload satu persatu tapi tak sempat. Sekarang masih di Johor. InsyaAllah, bila balik ke Kedah 8 Februari nanti, I'll upload the pics.

Hari perkahwinan pada 18/12/2005 memang bersejarah. Pada hari tersebutlah sesetengah kawasan di Kedah dan Perlis banjir teruk, termasuklah kawasan sekitar kampung Megat Dewa. Tapi Alhamdulillah, kawasan rumah aku tak banjir dan tak hujan seperti hari-hari sebelumnya. Photographer, tak dapat datang kerana banjir di Perlis.

Those pictures were taken by my brothers and sisters Kudos to all of them Without their help and without the digital camera, my wedding memories wouldn't be captured. Thanks to all of my friends especially Nurin & Asri, Ila, Nadia, Nuha, Kak Dah, Huda, Hazwah, Haziq and everyone who came to my wedding reception on that day. Also thanks to those who had called or SMS to wish me.


Sunday, 2-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Posing Sakan!

 
 
 
View all 17 photos...
Harini seperti yang dijanjikan, semua warga hall dapat bergambar dan berposing bersama-sama dengan baju raya. Puasa pun belum lagi, dah berposing sakan untuk raya Yerla kan... nanti waktu raya takkan sempat nak berposing-posing macam tu lagi. Semua orang akan sibuk nak layan tetamu dan ada juga yang sibuk buat preparation untuk final exam. Jadi, lebih baik berposing dengan baju raya sekarang


Saturday, 13-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kenangan ke DFO

Sebelum sampai DFO...
apa kata...
kita berposing dulu...
View all 10 photos...
Entry kali ni adalah merupakan versi hitam putih kanak-kanak riang yang membuat lawatan ke Direct Factory Outlet (DFO). Tarikh sebenar pengambilan gambar kanak-kanak riang ini tidaklah dapat diingati. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kenangan yang tak akan dilupakan hingga ke akhir hayat.


Thursday, 21-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Farewell

 
 
Milik siapakah gadis ini... ;)
View all 12 photos...
Inilah dia aksi-aksi warga Hall bila my roomate, Nurin nak balik Malaysia for good. Semoga Nurin dapat berkhidmat dengan UUM dengan penuh dedikasi dan cemerlang, ewahhh...


Tuesday, 19-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
My New Roomates

Hmm... dah lama tak update fotopages ni. Bukannya apa, sem lepas takda komputer sendiri. Jadi malas laa skit nak update. Entry ini akan diupload tidak lama lagi. Tungguuuuu...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net